Ramuan dan aspek pemakanan Hamburger

Walaupun terdapat implikasi daging khinzir (ham) pada nama "hamburger", namun hamburger komersial tidak mengandungi daging khinzir atau sebarang produk khinzir. Secara etimologi, nama bandar Hamburg dalam bahasa Jerman tiada kena-mengena langsung dengan "ham" dan hanya kebetulan sahaja membawa kaitan demikian dalam bahasa Inggeris.

Bahan utamanya ialah daging lembu kisar, walaupun kadang-kadang sedikit rempah turut ditambah dalam pembuatan daging burger, oleh itu ia juga dikenali sebagai "burger lembu". Ada yang menyediakan daging burger tersebut dengan telur, habuk roti, bawang ataupun campuran sup bawang, sos Worcestershire (juga dikenali sebagai kicap burger), parsli dan ramuan lain. Hamburger dengan sos Thousand Island juga menjadi semakin terkenal, contohnya burger Big Mac McDonald's yang juga mempunyai versi sos Thousand Island.

Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan pertambahan populariti burger "jenis baru" sebagai alternatif kepada burger daging. Antaranya termasuklah burger ayam, burger ayam belanda, burger arnab, burger rusa, burger kerbau dan burger burung unta.

Burger Sayuran

Burger sayuran menggunakan bahan pengganti daging seperti tauhu, protein sayur-sayuran bertekstur, gluten gandum atau beberapa jenis sayur-sayuran yang dikisar bersama dan dibentuk menjadi daging burger. Beberapa tahun yang lalu, restoran Chili's serta beberapa pengejar makanan sejuk beku mencipta burger kacang hitam yang mempunyai rasa seperti daging salai. Tidak lama kemudian, burger sayuran mula terkenal di restoran makanan segera terutamanya di kalangan vegetarian.

Burger Keju

Burger King Quad Stacker
Rencana utama: Burger keju

Burger keju ialah sejenis burger yang ditambah dengan keju sebagai tambahan kepada daging burger. Pada tahun 1924, Lionel Sternberger membuat burger keju pertama di dunia di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Semasa Sternberger meninggal dunia pada tahun 1924, majalah Time memaklumkan dalam keluaran 7 Februari bahawa:-

...pada umur 16, Lionel Sternberger mengkaji dan menguji dengan meletakkan sekeping keju Amerika pada hamburger ketika membantu ayahnya di kedai sandwic di Pasadena, kemudiannya mencipta burger...